Sebatan Syariah: Permulaan Terengganu Mendaulatkan Perundangan Islam
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap mengambil pendekatan tidak berkempen buat masa ini kerana banyak perkhidmatan dan projek kesejahteraan untuk rakyat sudah dilakukan sejak lima tahun lalu.
Dato’ Sabri Mohd Noor berkata, segalanya sudah dilaksanakan dan ia adalah usaha yang terdaya dilakukan dalam tempoh berkenaan.
Menurutnya, aktiviti berjumpa masyarakat di DUN itu adalah perkara rutin ketika beliau menjadi wakil rakyat dan 'tempoh berehat' malah kini, ia masih diteruskan.
"Rakyat dah tahu dan dapat nilai sendiri apa yang saya sudah buat dan sebenarnya banyak lagi yang sedang dan akan dirancang.
"Tapi apa pun, kita tunggu pilihan rakyat pada 9 Mei ini dan selepas itu saya akan mulakan semula tugas sebagai wakil rakyat jika dipilih," katanya kepada Teganukita.net
Sabri berkata, beliau yakin rakyat akan 'calit' atau mengundi BN supaya segala yang dirancang dapat diteruskan bagi fasa seterusnya.
“Tugas hakiki sebagai wakil rakyat adalah membantu penduduk dan itulah yang dilakukan dulu, kini dan pada masa akan datang.
"Saya bekerja dengan rakyat sebab itu menjadi wakil rakyat dan berkhidmat kepada masyarakat di Setiu.Dengar dan selesai masalah kerja ambo, tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan kecuali tua dan mati," katanya.