PRU14: Manifesto BN Realistik, Bukan Retorik



Manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukan sahaja dilihat realistik dan diyakini seluruh rakyat, bukan retorik seperti pembangkang.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau membayangkan sokongan sebenarnya dijangka akan meningkat memandangkan manifesto yang dibentangkan oleh BN memperjuangkan kepentingkan rakyat secara nyata.
Pauzi
"Manifesto ini juga merupakan komitmen kami kepada keseluruhan rakyat tidak kira kaum dan latar belakang. Semua orang mendapat manfaat. Kita juga tidak sekadar berjanji seperti yang lain sebaliknya menunaikan setiap yang dijanjikan,"katanya pada satu majlis baru-baru ini.

Kakitangan kerajaan, Pauzi Mahmud, berkata Manifesto BN dilihat merangkumi kehendak pelbagai kaum dan peringkat umur.

“Pada masa yang sama  memberi kelebihan kepada golongan belia apabila kerajaan BN turut menawarkan 40,000 peluang pekerjaan dan menumpukan aspek sukan bermotor.

“Oleh itu, saya menyarankan golongan berkaitan merebut peluang yang ada dengan memilih kepimpinan yang boleh mencorak negara khususnya Terengganu,” katanya.
 
Saufian
Pengerusi Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Semenanjung Malaysia, Saufian Ngah, berkata langkah dan janji kerajaan mahu menambahkan bilangan rumah melalui manifesto BN sangat bertepatan dengan keperluan rakyat yang kian mendesak itu.

Katanya, umum mengetahui rumah adalah keperluan asas paling penting bagi setiap masyarakat terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak ramai.

“Sebelum ini, kerajaan sudah membina pelbagai jenis perumahan rakyat, namun masih belum mencukupi, seboleh- bolehnya perlu sasaran satu rumah untuk satu keluarga,” katanya.


Tag: