Taman Awam, Padang Bola di Kuala Nerus Perlu Ditambah

KUALA LUMPUR, 28 November - Pembangunan Taman Awam dan padang bola perlu ditambah di kawasan di sekitar Kuala Nerus, ujar Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Alias Razak.

Beliau berkata, di bawah butiran Landskap Negara, hanya terdapat satu taman awam di daerah Kuala Nerus iaitu di Bandar Baharu Kuala Nerus. 

Oleh itu katanya, pihak Persekutuan diminta untuk menjalankan kajian lapangan yang lebih menyeluruh bagi memastikan pembinaan taman awam dan juga padang bola supaya dapat dinikmati oleh penduduk Parlimen Kuala Nerus. 

"Langkah ini adalah sebagai usaha memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat supaya terhindar daripada terjebak daripada pekara-pekera yang negatif.

"Antara kawasan yang dicadangkan pembinaan taman awam ini adalah di kawasan Bukit Tunggal," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengambil bahagian berucap dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa jawatankuasa Belanjawan bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Jelasnya lagi, pertambahan jumlah penduduk juga salah satu sebab keperluan ruang hijau sebagai medium interaksi sosial, terapi dan ketenangan serta untuk tujuan rekreasi.

"Taman awam bukan sahaja tempat orang ramai beriadah tetapi platform untuk kita berinteraksi dan memupuk hubungan yang lebih erat bagi menggalakkan keharmonian sosial," katanya.


Tag: