Terengganu Hijab Day Tepat Pada Masa

KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Program Hari Hijab Terengganu sangat tepat pada masanya dalam keadaan negeri ini melaksanakan tema Indahnya Hidup Bersyariat.

Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) KT Care, Azizah Mahmood berkata, program ini mencerminkan komitmen negeri untuk mewujudkan kehidupan yang harmoni dan berlandaskan nilai-nilai syariah.

"Mengajak kaum wanita ke arah yang lebih baik sejajar dengan Dasar Wanita Terengganu yang dirasmikan oleh Exco Kerajaan  Negeri, Hanafiah Mat dulu," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Justeru itu, program sebegini amat bagus untuk mendidik wanita muslimah tentang batas dan juga aurat.

"Tanggungjawab kerajaan negeri menjadikan negeri  Terengganu patuh syariah dan tanggungjawab rakyat untuk mematuhinya," ujar beliau.

Tambahnya, Terengganu Hijab Day merupakan tahun keempat di adakan.

 


Tag: