Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Terengganu Menuju Masyarakat Tanpa Tunai
KUALA TERENGGANU, 14 Januari - Rakyat Terengganu sedang menuju menjadi masyarakat tanpa tunai jika mereka menggunakan sepenuhnya kad MyDebit dalam urusan seharian.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Yahaya Ali berkata, kempen penggunaan kad yang diadakan bersama di antara kerajaan negeri dengan dengan Payments Network Malaysia Sdn Bhd akan dapat merealisasikan hasrat meningkatkan penggunaan kad MyDebit.
“Tujuan program adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk menggunakan pembayaran tanpa tunai.
“Sistem ini akan memudahkan masyarakat dari segi transaksi perniagaan yang melibatkan jabatan kerajaan, pembayaran dan seumpamanya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Perasmian Penyampaian Hadiah Kempen MyDebit di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini semalam.
Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan terima kasih kerana mengadakan program yang memudahkan masyarakat sama ada jabatan kerajaan dan orang ramai.
Pada majlis tersebut, seramai tiga puluh pemenang bertuah menerima hadiah masing-masing di mana lima pemenang berjaya membawa pulang sebuah motosikal Yamaha Y15ZR.
Sementara itu, sepuluh pemenang menerima hadiah berupa baucar barangan elektrik bernilai RM5,000 setiap satu, sepuluh pemenang lagi menerima hadiah berupa baucar barangan elektrik bernilai RM3,000 setiap satu dan lima lagi pemenang menerima baucar yang sama bernilai RM1,000 setiap satu.