Umat Islam Perlu Bersatu Selamatkan Bumi Palestin


Oleh: Mohd Lukman

DUNGUN- Umat Islam di seluruh dunia perlu bersatu di bawah panji Islam dan mencari jalan membebaskan negara Palestin dari cengkaman regim Zionis Israel.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, seandainya umat Islam bersatu maka bumi Palestin akan dapat diselamatkan.

“Malangnya umat Islam dihinggapi penyakit waham (cintakan dunia).

"Waham umpama penyakit lemah sendi, badan sahaja sihat, tapi takutkan kematian ( kerana kasihkan dunia),’’ ujarnya ketika berucap sempena program Pidato Solidariti Ummah Palestin bertempat di Masjid Lama Sura (20 Oktober).

Menurutnya, umat Islam hari ini berjumlah kira-kira 15 bilion di seluruh dunia, berbanding berapa juta sahaja Yahudi yang menjajah bumi Palestin kerana itu umat Islam mampu untuk merampas kembali Palestin jika bersatu.

"Pada tahun 1915, adalah tahun kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah menyebabkan negara-negara Islam yang berada di bawah naugannya diberikan kepada penjajah.

"Palestin diberikan kepada British, Syria diberi kepada Perancis, yang telah berlaku 100 tahun yang lalu," ujarnya.

Katanya, bagi megembalikan Palestin umat Islam mesti memahami bahawa bumi Palestin adalah bumi jihad.

"Tidak boleh masuk bumi Al-Aqsa, melainkan untuk berjihad, semasa belajar di Jordan dulu, saya pegang pendapat itu dan (saya) syarah pendapat itu.

"Jadi saya masih lagi tidak pergi ke bumi itu, kerana (berpegang pendapat) kerana ke bumi itu tidak boleh dengan perkara lain (kecuali) dengan membawa jihad," ujarnya.




Tag: