Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam Pendidikan dan Komunikasi Rasmi Perlu Ditambah Baik
KUALA TERENGGANU, 30 Julai - Orang ramai dinasihatkan melihat pengasingan tempat duduk khas kepada penyokong wanita di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bermula malam ini dari segi positifnya.
Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mohktar berkata perkara itu bukanlah diwajibkan sebaliknya ia hanya satu pilihan.
"Itulah masalah kita sekarang ni secara umumnya bila buat satu inisiatif yang baru hanya tengok negatif dan bukannya positif.
"Ini hanya pilihan, bukan bermaksud siapa yang nak masuk situ kita akan tahan (dan asing ikut jantina) ... bukan macam itu.
"Sama macam di Kuala Lumpur pun, ada koc khas untuk wanita ..parking khas untuk wanita (di pasar raya), koc wanita bukan sehari dua ni, ia dah lama dan berjalan dengan baik," katanya.
Ahmad Samsuri berkata demikian ketika mengulas mengenai polemik negatif yang ditimbulkan sesetengah pihak setelah perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim, semalam.
Terdahulu, beliau merasmikan Pameran Muto & Kenangan di Muzium Negeri Terengganu dekat Losong di sini hari ini.
Justeru itu katanya, setiap apa yang dilaksanakan juga perlu dinilai dari aspek positif dan bukan dari sudut negatif semata-mata.
Tambahnya, ia adalah satu pilihan untuk keselesaan penonton sepanjang perlawanan bola sepak berlangsung dan bukannya paksaan.