Bebaskan Institusi Pendidikan Awam Daripada 'Tangan Politik'
Mohamad memeriksa gerai di Bazar Ramadan, Shahbandar, Kuala Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail |
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merekodkan sebanyak 3,959 lot Bazar Ramadan di Terengganu telah diperiksa sepanjang tahun lalu.
Daripada jumlah itu, 3,724 gerai mencatatkan markah lebih 80 peratus ke atas, manakala 254 gerai memperoleh 60 sehingga 79 peratus dan sebuah premis telah ditutup.
Manakala sebanyak 418 daripada 4, 246 gerai Bazar Ramadan diperiksa JKNT sejak awal Ramadan, baru- baru ini.
Pengarah jabatan itu, Dr Mohamad Omar berkata, pada masa sama, pihaknya turut menjalankan pemeriksaan terhadap 374 pembekal bahan mentah, premis penyediaan ais dan pembekal kuih muih.
Katanya, 172 sampel makanan telah diambil bagi mengetahui tahap pencemaran mikrobiologi dalam makanan.
"Sampel itu kemudiannya dihantar ke Makmal Kesihatan dan Kualiti Makanan untuk dianalisis, " katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Kebersihan dan Keselamatan Makanan di tapak Bazar Ramadan Shahbandar, Kuala Terengganu, petang ini.
Program itu sebagai usaha memastikan pengendali makanan terutama pengusaha yang mengunakan bahan mentah ayam dan daging mengamalkan kebersihan diri dan lokasi niaga.
Secara umumnya , makanan mudah tercemar adalah lauk pauk berasaskan ayam, minuman soya dan kuih muih yang diperbuat daripada santan dan kelapa.