Pulau Perhentian Jadi Lokasi Paling Pesat Terima Kehadiran Pelancong Antarabangsa
Amal Bantu Lancarkan Agihan Bantuan Di Jerteh
Petugas unit AMAL sedang memproses data penerima bantuan di seluruh Jerteh. |
Oleh : Muhd Afiq Zohir
BESUT, 18 Disember - Jabatan Amal Malaysia (JAM) turut berganding bahu bersama-sama membantu melancarkan agihan bantuan pakaian persekolahan di Dewan Undangan Negeri Jerteh, dalam tempoh dua minggu terakhir sebelum sesi baharu persekolahan 2019.
Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, komitmen Unit Amal Besut itu dapat melancarkan proses agihan bantuan kepada lebih 3,000 penerima pakaian sekolah di seluruh DUN itu yang dilaksanakan di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh, di sini.
"Agihan ini merupakan hasrat kerajaan negeri yang ingin membantu golongan yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat.
“Terima kasih diucapkan kepada semua petugas dan Jabatan Amal yang sentiasa membantu sepanjang program agihan bermula,"katanya.
Wan Azhar berkata, kerjasama sesama kita akan membuatkan hubungan silaturahim sentiasa erat antara satu sama lain.
Katanya, agihan bantuan persekolahan akan diteruskan hari ini dan akan berakhir pada Ahad ini (23 Disember).
Beliau juga menasihati penerima agar sentiasa mengikuti perkembangan mengenai proses pengagihan bantuan persekolahan itu supaya tidak ada rakyat yang tercicir daripada mendapat manfaat itu.
Petugas unit AMAL memantau proses agihan kasut sekolah. |