Belia Digesa Bersedia Hadapi Revolusi 4.0

Ahmad Razif bersama wakil belia yang menerima peruntukan pertadbiran. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail
Golongan belia di negeri ini digesa bersedia menghadapi revolusi 4.0 perindustrian keempat (revolusi 4.0) yang kini menjadi agenda Terengganu dan negara.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kerajaan bersedia mengeluarkan peruntukan besar bagi tujuan itu semata- mata melihat lebih belia ramai di negeri ini berdaya saing.

Katanya,  perkara itu termasuk menjadikan Terengganu sebagai perintis hab digital.



"Kita akan sediakan lokasi untuk kemudahan itu di Kampung Ladang di pusat bandar raya ini dan Telaga Papan, Setiu membabitkan peruntukan RM12  juta.

"Bangunan untuk dijadikan Pusat Hab Digital di Kampung Ladang masih dalam proses pengubahsuaian dan dijangka dapat beroperasi dalam tempoh dua atau tiga bulan dari sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian pada Festival Belia Terengganu, di Batu Burok, Kuala Terengganu, malam tadi.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengerusi Persatuan Kelab- Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu, Amirullah Othman.


Sementara itu, Amirullah memberitahu kerajaan negeri memperuntukkan RM2.8 juta untuk diagihkan kepada 532  persatuan dan kelab belia peringkat cawangan di seluruh Terengganu.

 "Agihan RM5,000 untuk setiap persatuan atau kelab itu bertujuan untuk menjalankan aktiviti dan pelbagai program yang bermanfaat untuk setiap ahli berdaftar, " katanya.

Tag: