EKSPO TERENGGANU 2018: Pangsapuri Ladang Tok Pelam Milik Mek Yah


Dato' Tengku Putera Tengku Awang bersama pemenang-pemenang utama cabutan bertuah Ekspo Terengganu 2018.

Cabutan bertuah yang dilakukan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman semalam pada Ekspo Terengganu 2018 memberi tuah kepada suri rumah sepenuh masa, Mek Yah Muda, 48, dari Taman Desa Jaya, Gong Badak, Kuala Nerus memenangi sebuah pangsapuri di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.

Katanya, beliau hanya mendaftarkan diri sekali sahaja bersama anak-anaknya untuk menyaksikan sendiri kemeriahan yang ada di situ dan tidak menyangka rezeki sebuah pangsapuri yang menjadi idaman setiap pengunjung itu menjadi miliknya.

“Saya hanya mengetahui saya menang hadiah utama ketika bangun solat subuh pagi tadi melalui kiriman Whatsapp yang dihantar oleh anak sedara pada jam 1 pagi tadi,”

“Saya datang ke ekspo ini sebanyak tiga kali kerana anak-anak saya suka melihat pameran dan aktiviti yang dijalankan selain membeli-belah namun pada hari kedua, barulah saya mendaftarkan diri sekadar suka-suka, manalah tahu rezeki berpihak pada saya.

Mek Yah

“Saya hanya mengetahui saya menang hadiah utama ketika bangun solat subuh pagi tadi melalui kiriman Whatsapp yang dihantar oleh anak saudara saya pada jam 1 pagi tadi,” katanya.

Katanya, ketika malam pengumuman pemenang dibuat, dia berada di ekspo  berkenaan namun tidak menyedari namanya diumumkan sebagai pengunjung bertuah di pentas utama.

“Malam tadi saya hanya datang untuk membeli makanan dan membawa anak saya jalan-jalan dan kemudian terus pulang ke rumah dan tidur.

“Bangun sahaja subuh tadi, saya terbaca Whatsapp kiriman anak saudara saya, saya ingat saya bermimpi tapi apabila anak sedara membuat semakan melalui laman Facebook Ekspo Terengganu 2018 memang sah ia nama saya,” katanya.

Ab Aziz

Sementara itu, seorang lagi pemenang bertuah, Ab Aziz Mamat, 62 dari Wakaf Tembesu, Kuala Nerus berkata dia tidak menyangka menang lot tanah banglo kerana itu adalah kali pertama dia menyertai cabutan bertuah.

“Saya datang ke sini kerana tertarik dengan aktiviti dan pameran yang dia buat. Selepas melihat ramai yang beratur untuk membuat cabutan bertuah saya pun terasa ingin mencuba.

“Meskipun terpaksa beratur selama 20 minit namun saya teruskan juga niat saya untuk menyertai cabutan bertuah. Walaupun bukan mudah kerana saya juga perlu mendapatkan 16 cop di 'check point' berbeza tapi ia nyata berbaloi,” katanya.

Ab Aziz yang juga pesara guru Matematik Tambahan dari Sekolah Menengah Kompleks Gong Badak berkata dia berterima kasih kepada kerajaan negeri yang menganjurkan ekspo sedemikian kepada rakyat.

“Hadiah ini adalah antara antara cara kerajaan menzahirkan rasa terima kasih kepada rakyat dan saya sebagai rakyat Terengganu rasa begitu bertuah kerana mempunyai kerajaan yang cukup prihatin seperti ini sejak dahulu hinggalah sekarang,” katanya.

Hawa

Bagi pemilik pacuan empat roda Toyota Hilux pula, Hawa Mamat, 61 dari Besut berharap ekspo tersebut diadakan lagi kerana pelbagai info-info serta aktiviti dijalankan sepanjang tujuh hari itu.

Katanya yang juga seorang guru Quran di bawah Yayasan Islam Terengganu berkata saya banyak mendengar tentang kemeriahan Ekspo Terengganu 2018 yang dijalankan namun tidak berpeluang untuk hadir.

"Saya hanya hadir pada hari terakhir ketika Majlis Penutup Ekspo Terengganu 2018 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

"Dengan kereta pacuan empat roda yang diterima ini, saya akan menggunakannya untuk memulakan perniagaan," katanya.

Tag: