Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Aksi dan kelibat sekumpulan yang mengenakan kostum badut, `Predator' dan `Spiderman' di Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu sentiasa mencuri tumpuan ramai terutama di kalangan kanak-kanak.
Mereka kelihatan ceria melayani semua pengunjung yang mahu bergambar bersama dengan menggayakan pelbagai aksi walaupun terpaksa berada di bawah panas terik matahari.
Bagi Rosli Ariffin, 31, dari Kampung Rhu Muda, Marang, yang mengenakan kostum watak Predator, filem yang popular pada 2010 itu berkata, walaupun kostumnya kelihatan menakutkan namun tetap menjadi perhatian dan tarikan ramai untuk bergambar sebagai kenangan sempena program terbesar negeri berkenaan.
"Saya satu-satunya `Predator' yang aktif dari Terengganu dan baru sahaja sertai kumpulan badut ini. Mereka bermula sejak 25 Februari lagi, saya baru di sini sejak dua hari lalu. Selepas ini mungkin akan bekerjasama dengan mereka untuk bergerak bersama-sama jika ada jemputan kami untuk menghimburkan semua.
"Lazimnya kami ambil masa dua jam bergerak dn menghiburkan semua di tapak ekspo ini untuk setiap dua sesi siang dan juga malam. Tidak boleh lebih dari tempoh masa itu, sebab kami perlu rehat dan mencari tenaga sebelum memulakan tugas semula. Maklumlah kostum Predator dan Spiderman ini agak merimaskan kerana menutup keseluruhan badan termasuk muka,"katanya ketika ditemui di tapak ekspo, hari ini.
Menurutnya lagi, bahagian kepalanya juga berat seperti memakai satu biji setengah helmet dan tidak mampu bertahan lama.
Dia yang memiliki pekerjaan tetap lain, berkata pekerjaan itu bermula dari suka-suka dan hanya untuk hiburan sebelum bertukar menjadi pekerjaan sambilan serta mampu menambah pendapatan keluarga.
Sementara itu, satu-satunya badut wanita, Rahimah Ali, 24, berasal dari Sabah dan kini menetap di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, berkata selain di tapak ekspo itu, dia bersama lima lagi rakan badut yang lain sentiasa aktif menghiburkan orang ramai sebagai tarikan orang ramai ke sesuatu program dan acara seperti majlis hari jadi, ulang tahun perkahwinan, program kebajikan di hospital dan pelbagai pesta.
Dia yang berkhidmat dengan syarikat pengurusan acara, Big Job Entertainment di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu, mempunyai pengalaman 10 tahun di bidang itu berkata, pekerjaan berkenaan mampu memberi pendapatan dari RM300 hingga RM400 seorang untuk sehari atau RM50 hingga RM100 setiap jam, bergantung permintaan pelanggan.
"Kehadiran kami sentiasa menarik perhatian ramai. Setakat ini kami gembira dengan pekerjaan kami kerana dapat menceriakan orang ramai dan mereka terhibur dengan aksi kami.
"Kami memang berminat dengan bidang ini dan sentiasa sabar melayan kerenah orang ramai, selain ikhlas menghiburkan mereka,"katanya yang turut dikenali dengan panggilan `Papa Elli'.