Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
KUALA TERENGGANU, 12 Oktober – Garis panduan yang diperkenal dan dilaksanakan kerajaan negeri berjaya membendung rakyat Terengganu daripada terjerumus dalam jenayah syariah.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah JHEAT, Md Adnan Abdullah berkata kejayaan itu dapat dilihat ketika pemantauan yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di bawah Unit Penguatkuasaan ketika konsert Jom Heboh.
Katanya, tiada tangkapan yang disabitkan dengan kesalahan jenayah syariah pada malam tersebut di program dan kawasan sekitar itu.
“Pihak kami telah meronda bermula pada jam 9 hingga 12 malam di sekitar konsert Jom heboh untuk memantau sama ada terdapat pasangan yang melakukan kesalahan jenayah syariah.
“Hasil mendapati bahawa tiada pasangan yang melakukan perkara yang mencurigakan justeru tiada tangkapan yang dilakukan pada malam tersebut,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) semalam.
Sementara itu, jelas Md Adnan, penonton yang hadir juga memberi kerjasama ketika disuruh untuk berada di tempat perasingan lelaki, perempuan dan keluarga ketika melihat konsert.
Tambah Adnan, mereka yang hadir juga berpakaian menghormati majlis dan menutup aurat sepertimana yang telah ditetapkan oleh garis panduan Kerajaan negeri Terengganu.
Dalam pada itu, nyanyian yang dipersembahkan oleh artis jemputan adalah sederhana dan reaksi yang ditunjukkan oleh penonton juga tidak berlebihan.