• 08 Sept 2024 | 4 Rabiul Awal 1446

Isteri ADUN Cukai Jadikan Rutin Ziarah Golongan Tidak Bernasib Baik




Oleh: Abdul Hafiz Ghazali

KEMAMAN - Kunjungan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan perhatian serta pembelaan masyarakat sekitar terutama kepimpinan setempat diteruskan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, sebagai rutin tanpa mengira masa.

Isteri Hajah Hanafiah Mat, Hajjah Zahiyah Abdul Rahman meneruskan tanggungjawab menziarahi masyarakat sekitar Kampung Gong Limau, Jabur Kubur dan Bakau Tinggi, di sini, 15 Oktober.

Beliau bertemu beberapa pesakit termasuk Rohani Ali, 68,  Mohd Zamri Sulong, 50, Zakaria Hussain, 58 dan Halimah Mamat, 92.

"Sebahagian mereka telah menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) berjumlah RM1,000 setahun dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM200 sebulan.

"Namun begitu, pihak DUN Cukai akan cuba mengusahakan supaya mereka mendapat bantuan Tabung Darul Iman (TDI) bagi meringankan beban mereka,"katanya.

Turut hadir, kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Cukai dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Tag: