• 18 Okt 2024 | 15 Rabiul Akhir 1446

Kemudahan Hospital Daerah, Kebajikan Doktor Diberi Perhatian



Shaharizurkairnain
Oleh : Dzakaria Mohd Salleh

KUALA KUMPUR , 5 Disember - Masalah kekurangan kemudahan di Hospital Daerah Setiu, Besut dan Hulu Terengganu terutama yang melibatkan peralatan untuk rawatan pelbagai penyakit kronik akan diberi perhatian serius.

Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, kekurangan kemudahan menyebabkan pesakit kronik mendapatkan rawatan di hospital lain yang jauh dari daerah mereka.

"Kalau yang Besut terpaksa dipindahkan ke hospital HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia), Kubang Kerian ataupun Hospital Kota Bharu, yang hospital Setiu dan Hulu Terengganu terpaksa di pindahkan ke hospital Kuala Terengganu," katanya ketika membahaskan mengenai kemudahan hospital di Sidang Parlimen di sini, semalam.

Justeru Shaharizukirnain berharap peruntukan pada 2018 sebanyak RM458.2 juta yang bertambah pada tahun depan kepada RM800.4 juta akan melengkapkan fasiliti dan kemudahan untuk memudahkan pesakit mendapat rawatan di tiga buah hospital daerah di Terengganu itu.

Dalam pada itu, ketika membahaskan isu doktor yang terpaksa bekerja hingga 30 jam ke atas turut diberi perhatian Shaharizukirnain dan meminta supaya pihak kementerian dapat memikirkannya semula.

"Kita masih lagi tidak dapat melupakan kes yang berlaku kepada seorang doktor yang bernama Doktor Nurul Huda Ahmad yang kemalangan kerana terlalu letih pulang dari HUSM ke rumah adik iparnya di Terengganu.

"Dia bekerja bermula dari 8 Mei sehingga 9 Me, iaitu tempoh bekerja selama 33 jam sebelum berehat dan pulang," tegasnya.

Susulan insiden itu, pihaknya berharap kementerian dapat memikirkan semula waktu jadual kerja kepada pengamal perubatan profesional itu supaya isu yang sama sepertiman yang menimpa Doktor Afifah dahulu tidak lagi berulang.


Tag: