Bebaskan Institusi Pendidikan Awam Daripada 'Tangan Politik'
Ahmad Samsuri ketika sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Mingguan Exco yang pertama di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim |
Menteri Besar, Prof Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan perkara itu dalam Majlis Mesyuarat Mingguan Exco yang pertama di Wisma Darul Iman, hari ini.
“Atas rasa tanggungjawab terhadap keperluan rakyat miskin dan menunaikan sebahagian daripada manifesto yang dijanjikan dalam PRU14,, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan 20 meter padu air secara percuma kepada rakyat miskin negeri ini yang tersenarai dalam e-Kasih.
“Ini adalah pelaksanaan manifesto kita dan terdapat perbezaan dengan dengan apa yang telah dibuat kerajaan negeri sebelum ini,” ujarnya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Mingguan Exco tersebut.
Menurut Ahmad Samsuri, pengguna hanya perlu membayar nilai meter padu air yang digunakan melebihi jumlah 20 meter padu yang diberikan secara percuma.
“Sebagai contoh, jika penggunaan 21 meter padu , jumlah yang perlu dibayar hanya satu meter padu sahaja, berbanding sebelum ini perlu membayar jumlah penuh (21 meter),” ujarnya.
Katanya, pemberian bekalan air secara percuma itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat selepas segala proses berkaitan termasuk dari segi pentadbiran dan sebagainya selesai.
“Kita telah buat keputusan secara dasar dan dari segi pelaksanaan akan dibuat seberapa segera.
“Pentadbiran akan teliti perkara ini kerana ianya melibatkan proses-proses pentadbiran yang perlu dibuat. Jadi, selesai proses ini termasuklah dengan agensi yang terlibat membekalkan air, maka ianya akan terus dilaksanakan,” ujarnya.