Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
KUALA TERENGGANU, 27 September – Seorang ketua keluarga teruja dengan usaha kerajaan negeri kerana berjaya menyiapkan Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Pulau Redang selepas menanti lebih 10 tahun walaupun beberapa orang menteri besar bertukar ganti.
Sharviri Shafee, 38, yang bekerja di sebuah pusat peranginan di sana berkata, dia serta penduduk lain ternanti-nanti dan selalu berteka-teki bilakah projek RPMM itu siap setelah pembinaannya terhenti sangat lama.
“Saya mula membesar di Pulau Redang di atas rumah air, kemudian pindah ke rumah ibu bapa dengan 12 orang serumah dengan empat keluarga.
“Banyak kegusaran yang terfikir sama ada akan terima atau tidak kunci rumah itu selepas dijanjikan. Sampai satu tahap rasa putus harapan melihat keadaan rumah ketika itu,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Penyerahan Kunci RPMM Pulau Redang, di sini semalam.
Pada masa yang sama, seorang lagi penerima Farahani Suria Rusli, 31, menyatakan bahawa penerimaan kunci rumah baru memberi kelegaan buat keluarganya.
“Rumah yang kami diami sekarang mempunyai lebih 10 orang termasuk anak saudara serta anak saya, memang sempit dan tiada privasi.
“Adik-beradik saya ada 10 orang, jadi apabila rumah ini sudah diterima maka baki keluarga yang mendiami rumah dengan ibu bapa nanti lebih selesa,” tambahnya.
Pembinaan RPMM Pulau Redang bermula sejak April 2012 akhirnya siap sepenuhnya kepada 160 ketua keluarga dengan harga jualan bernilai RM68,000 dengan subsidi RM98,000 oleh kerajaan negeri.
Terdahulu, majlis penyerahan kunci RPMM Pulau Redang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Dr Alias Razak.