• 15 Nov 2024 | 13 Jamadil Awal 1446

Orang Ramai Dinasihat Undi Awal

KUALA TERENGGANU, 17 November - Orang ramai dinasihat untuk keluar mengundi lebih awal kerana ramalan cuaca adalah baik pada sebelah pagi di kebanyakan tempat seluruh negara.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata semua pihak digalakkan keluar mengundi awal pada hari pengundian 19 November nanti.

Katanya, memandangkan jumlah pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin meningkat dengan pertambahan Undi18 tahun dan ke atas.

“Bilangan pengundi juga dikira berlipat kali ganda berbanding sebelum ini.

“Jika ada ruang, keluar lah secepat mungkin terutama kalau keadaan cuaca baik dan jangan tunggu saat-saat akhir kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku (cuaca),” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Town Hall bersama Mahasiswa di Taman Tamadun Islam semalam.

Terdahulu, MetMalaysia meramalkan tiada hujan pada pagi hari pengundian, Sabtu ini.

Bagaimanapun, ribut petir dan hujan dijangka berlaku di kebanyakan negeri pada sebelah petang, terutamanya di negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta negeri di sebelah utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Suhu di seluruh negara pada Sabtu ini pula diramal sekitar 22 darjah Celsius, dengan suhu maksimum pada 33 darjah Celsius.

 

 

 

 

 


Tag: