Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
KUALA TERENGGANU, 27 Julai – Para daie perlu mengambil peluang dengan memanfaatkan ‘langit terbuka’ dalam menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa. Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan negeri Terengganu, Ridzuan Hashim berkata, perkembangan baharu yang pantas di zaman teknologi ini di lihat berkuasa untuk menyampaikan mesej dakwah secara lebih berkesan.
“Untuk mewujudkan metodologi penyampaian dakwah yang ideal seiring dengan era ‘langit terbuka’ tidak dapat tidak daie mestilah memahami kondisi dan citaasa mad’u (sasaran dakwah) dan medan dakwah yang akan dijadikan sebagai objek dakwah, agar dapat mempersiapkan segala hal yang seterusnya mendukung keberhasilan dakwah,” jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading berkata demikian ketika merasmikan program Bengkel Pembangunan Kreatif Daie Celik IT anjuran Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) di Hotel Grand Continental Hotel Kuala Terengganu, pada semalam.
Turut hadir sama ialah Pengarah DUAT, Muhammad Ramlan Mahmood dan Timbalan Pengarah Operasi DUAT, Wan Zuki Wan Ismail.
Katanya, penyusunan pengisian dakwah (maudhu’ dakwah) secara sistematik dan penyusunan pelbagai variasi cukup penting dalam memandu rakyat negeri ini ke arah mengamalkan ajaran islam yang tulen.
“Tapi pada pelaksanaannya banyak kekurangan yang terdapat dalam maksud dan penyampaian dakwah pada saat ini kerana ia disebabkan kerana tiada persiapan dan bakat pendakwah itu sendiri.
“Kita harus sedar dalam keadaan dunia maya di kancah kelalaian yang cukup mengecam iman dan akidah anak-anak muda dalam masa yang sama kita hendaklah mengasah kemahiran dakwah kita,” tambah Ridzuan.
Justeru itu, para daie perlu perbaiki dan bijak memanfaatkan ruang serta peluang yang ada dalam memoptimumkan lagi mutu penyampaian dakwah dari segi psikologi dan kemahiran grafik.
“Umat Islam selayaknya kembali mengambil tempat sebagai umat pilihan dengan posisinya sebagai umat terbaik.
“Tentu sahaja posisi umat terbaik adalah dengan implementasi tiga noktah utama yang digalas oleh kita semua iaitu menguatkuasakan syariat, menentang kemungkaran dan beriman kepada Allah swt, tambahnya lagi.