Pengunjung Puji HEBAT Menarik, Patuh Syariah

Qusyairizul Syahmi
KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu (HEBAT) Stadium Negeri, di sini, sepanjang dua hari yang berakhir malam tadi, dilihat antara program yang menarik, memberi pengalaman baharu kepada pengunjung serta pengisian aktivitinya menepati syariat Islam.

Seorang pengunjung, Muhamad Qusyairizul Syahmi dari Besut berkata, program itu amat bermakna dan bermanfaat kepada anak-anak muda seperti mereka pada masa kini.

"Ini yang paling kita suka kerana sebelum ini ada juga hiburan tapi  tidak berapa kena (sesuai) tapi kerajaan baru ini kita nampak buat hiburan kena dengan syariat Islam," katanya ketika ditemui di  Stadium Negeri, di sini, semalam.

Justeru itu, beliau berharap agar kerajaan baharu perlu memperbanyakkan lagi program berfokuskan kepada belia supaya golongan itu boleh mengisi masa dengan perkara yang berfaedah dan mencari pengalaman berguna untuk memanfaatkannya dalam kehidupan masing-masing.

Wan Nur Sakinah Din (paling kiri)
Seorang lagi pengunjung, Wan Nur Sakinah Din berkata, itu adalah satu pendekatan baru kerajaan  negeri kepada belia dan beliawanis dengan memperkenalkan program yang mendekatkan kerajaan dengan rakyat tanpa mengira latar belakang terutama golongan muda.

"Ini adalah langkah permulaanyang baik dan insyaAllah akan datang kerajaan perlu mempelbagai program dan aktivti anak muda dan menarik minat mereka melakukan perkara yang bermanfaat," ujarnya.

Seorang beliawanis dari Ajil, Hulu Terengganu, Siti Hajar Safie, 26 pula menyatakan keterujaannya dapat menyertai program yang mampu mengeratkan ukhwah antara belia dan beliawanis dengan agensi kerajaan itu.

"Saya berharap supaya program ini dapat  diteruskan lagi untuk masa akan datang dan tambahkan lagi aktiviti (yang) menarik untuk anak muda," tambahnya.







Tag: