'Penyokong Tranung! Doakan Kami' - THT

KUALA TERNGGANU, 16 Mac- Pasukan Hoki Terengganu (THT) mengharapkan doa penyokong-penyokong Terengganu dalam usaha untuk melangkah kaki ke perlawanan Piala TNB 2023, minggu ini.

THT bakal berdepan pasukan UITM-HA KPT (UITM) malam ini, dalam aksi separuh akhir kedua selepas melakar kemenangan 5-1 dalam separuh akhir pertama, Selasa lalu, namun kapten pasukan, Fitri Saaari berkata, cabaran itu tidak boleh dipandang enteng.

"Tahun lepas kita dapat dua piala (Piala Sumbangsih dan Liga Hoki Malaysia), saya harap tahun ini kita dapat treble. Kita cuba untuk memenangi Piala TNB 2023, jadi saya mengharapkan sesuatu dari THT.

"Kita, majoriti pemain ada pengalaman disamping pemain muda untuk buat kerja, kita gabung semua serta flicker korea, Jang (Junghyun) dan walaupun kita menang, saya masih kurang berpuas hati dengan 'penalti corner attack', mungkin kita kena berlatih dan perbaiki lagi.

"Kita kena fokus setiap minit dan saat untuk melawan UITM , mereka agak kuat dan kita selalu ada masalah berdepan mereka yang mana kalau menang pun, agak tipis," katanya.

Dalam pada itu, Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) turut beraksi petang ini dalam perlawanan separuh akhir kedua menentang Negeri Sembilan bagi merebut Piala Vivian May Soars 2023.

Terdahulu, TLHT tewas 1-4 kepada Negeri Sembilan dalam aksi separuh akhir pertama.

 

 

 

 

 


Tag: