'Alasan Dangkal, Naif' - Pensyarah Bidas Jawapan Menteri Abai Masjid?
Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN, 18 Februari - Persatuan Hawa Prihatin (PERHATIN) diharapkan sentiasa peka dengan keadaan yang berlaku di Dungun khususnya isu yang melibatkan golongan hawa yang memerlukan pembelaan pihak berwajib.
Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita, Pejabat Menteri Besar, Khairiah Mokti berkata, ahli PERHATIN yang terdiri dari golongan wanita diminta supaya berlumba-lumba melakukan kebaikan dan kebajikan terutamanya kepada mereka yang memerlukan bantuan.
"Kita perlu berganding-bahu sama-sama menguatkan wanita yang mungkin memerlukan bantuan daripada kita.
"Saya mengharapkan supaya persatuan ini dapat melaksanakan atau membantu kerajaan membuat program-program atau menjalankan program-program yang mungkin (jabatan) kerajaan terlepas pandang," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada 150 wanita yang hadir pada Program Hi-Tea dan Pelancaran NGO PERHATIN, di Mayang Resort, di sini, semalam.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor.
Khairiah berharap agar peserta program berkenaan yang turur menampilkan itu untuk bersama-sama memberi sumbang saran kepada kejituan dan kekuatan kepada persatuan.
"Saya juga mengharapkan semua ahli memberi komitmen yang baik terhadap persatuan. Kerana persatuan akan bergantung kepada ahlinya untuk menjalankan agenda-agenda untuk menjalankan apa-apa program yang akan dilaksanakan, " katanya