PRU14: Kak Ton Seru Rakyat Bina Masa Depan Bersama BN
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin menyeru pengundi di DUN tersebut membuat keputusan yang rasional dengan memilih BN bagi memastikan kawasan itu membangun seiring dengan pembangunan pekan dan bandar lain di Terengganu.
"Dua penggal kita lepaskan DUN ini kepada pembangkang. Pembangunan Pekan Bukit Payung yang dahulu mendahului bandar Marang kini sudah ketinggalan.
"Tapak pasar agro yang dirancang kerajaan dahulu kini tidak dapat dilaksanakan kerana kita silap memilih pembangkang yang mewakili kita dan ternyata pembangkang gagal membawa kemajuan yang kita mahukan selama ini," katanya ketika merasmikan program Transformasi Anak Muda (TOM) di Kampung Laut, semalam.
Seramai 871 penerima melibatkan penduduk Pusat Daerah Mengundi Atas Tol, Kampung Laut, Surau Haji Daud, Kedai Buluh, Undang dan Surau Panjang. menerima bantuan TOM.