|
Dr. Samsuri sentiasa jadi tumpuan rakyat. |
Oleh: Nooreni Abu Bakar
DUNGUN, 16 Jun - Masyarakat yang berkunjung ke Majlis Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang semalam tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun terharu dengan kesudian tokoh berkenaan dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman menghadiri majlis tersebut.
"Kita lihat semua yang hadir tidak kira samada anak-anak, muslimin dan muslimat, malah ada di kalangan Pemuda dan Ameerah (PAS) mengambil kesempatan untuk bergambar dan berswafoto bersama beliau kerana rasa teruja dengan kebolehan dan keupayaannya mentadbir Negeri Terengganu.
“Kehadirannya serta para pimpinan negeri benar-benar menambah seri majlis hari ini,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) usai majlis tersebut yang diadakan di perkarangan Balai Raya Kampung Pulau Serai, di sini semalam.
|
Dr. Samsuri dan isteri serta Alias turut beramah mesra dengan penduduk yang hadir. |
Hadir sama, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli; Pengarah UPDI, Mohd Soud Said serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Lizan Che Mat.
Majlis yang bermula seawal jam 10.30 pagi itu turut dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat termasuk, wakil-wakil dari jabatan kerajaan dan pihak swasta, badan beruniform dan pengunjung luar negeri.
Alias berharap majlis tersebut dapat dijadikan medan mengeratkan silaturahim dan saling kenal mengenal tanpa mengira fahaman politik.
|
petugas dari Jabatan Amal turut bergambar bersama pimpinan negeri. |
"Ini majlis anak beranak bagi penduduk di sini. Mana yang lama tidak jumpa, dapat berjumpa dan bertegur sapa.
“Lupakan segala sengketa dan anjurkan maaf-bermaafan kerana kita inginkan hubungan yang kukuh kerana Allah dan Islam," pesannya mengingatkan hadirin.