Sistem Perparitan Dan Sistem Saliran Punca Air Bertakung

Tinjauan tersebut mendapati air bertakung di luar parit dan kawasan sekitar.
Oleh: Muhd Afiq Zohir 

BESUT - Sistem perparitan dan sistem saliran yang tidak diselenggara merupakan punca berlaku banjir kilat.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, terdapat aduan dari penduduk kampung tentang permasalahan yang berlaku.

"Kami segera turun untuk membuat tinjauan untuk mengenal pasti masalah yang berlaku.

Ustaz Wan Azhar (kiri) turun padang untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Pejabat Penyelaras DUN Jerteh dengan bantuan Pejabat Daerah Besut akan cuba sedaya upaya untuk mengambil tindakan segera dan sewajarnya,," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu lawatan ke Kampung Gong Terap sehingga Kampung Pak Demalik di Jerteh, kelmarin (29 Ogos).

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Alor Lintah dan seorang jurutera untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Tag: