Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan pembukaan Taman Herba Pasir Raja yang dinamakan Pembangunan Kluster Bersepadu Herba (HICD) di Mukim Pasir Raja, Dungun hari ini.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, projek Taman Herba Pasir Raja yang ditanam dengan 20 jenis tanaman herba di atas tanah seluas 1,004 ekar sejak 2015 berjaya melahirkan 32 peladang satelit herba di mukim ini.
"Menerusi projek ini peladang satelit berpeluang menjadi usahawan tani berjaya menerusi sistem bayar balik yang akan memberi pendapatan berpatutan sekaligus membangunkan ekonomi negeri ini," katanya.
Keberangkatan baginda diiringi anakanda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua'az.
Hadir menyambut baginda Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya; Pengerusi Bioalpha Holdings Berhad, Tan Sri Abdul Rahman Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif ECER, Dato’ Seri Jebasingam Issace John.
Terdahulu Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, pembukaan Taman Herba Pasir raja dibawah pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) adalah selaras dengan harapan kerajaan untuk merealisasikan potensi permintaan herba tropikal yang tinggi dalam industri farmaseutikal, nutraseutikal dan kosmeseutikal.
“Projek usahasama awam-swasta menerusi Model Syarikat Induk yang diperkenalkan Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECERDC) dengan sebuah syarikat pembuatan produk suplimen kesihatan, Bioalpha menawarkan manfaat yang besar kepada rakyat disamping mempercepatkan pertumbuhan ekonomi tempatan.
“Menerusi model ini, pihak kerajaan menyediakan pelaburan dan pembangunan prasarana manakala sektor swasta pula mengusahakan bahagian komersial,” ujarnya ketika berucap di majlis Perasmian Pembukaan Taman Herba Pasir Raja yang disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Mukim Pasir Raja, Dungun, hari ini.
Katanya, pembukaan HICD juga membawa pelbagai peluang pekerjaan buat komuniti setempat dimana sehingga kini lebih daripada 50 penduduk sekitar diambil bekerja sebagai kerani umum, penjaga tapak semaian, penanam herba dan lain-lain jawatan.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, projek Taman Herba Pasir Raja yang ditanam dengan 20 jenis tanaman herba di atas tanah seluas 1,004 ekar sejak 2015 berjaya melahirkan 32 peladang satelit herba di mukim ini.
“Seluas 260 ekar tanah setakat ini ditanam dengan 20 jenis tanaman herba termasuk Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Hempedu Bumi, Dukung Anak, Pecah Beling dan Mas Cotek.
"Menerusi projek ini peladang satelit berpeluang menjadi usahawan tani berjaya menerusi sistem bayar balik yang akan memberi pendapatan berpatutan sekaligus membangunkan ekonomi negeri ini," katanya.