Tanjung Buatan Bakal Jadi Daya Tarikan
KUALA TERENGGANU, 22 Mac - Tanjung buatan yang akan dibangunkan di Teluk Lipat, Dungun bakal menjadi daya tarikan utama di kawasan tersebut sekali gus berupaya meningkatkan ekonomi penduduk setempat.
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia dibangunkan khusus untuk aktiviti pelancongan.
"Dengan wujudnya taman riadah dengan aktiviti sukan air, kedai-kedai dan juga lokasi cadangan taman RV perintis yang bakal menjadi daya tarikan utama kawasan tersebut.
"Di samping itu, ia juga dibangunkan untuk perlindungan pantai serta berupaya untuk melihat potensi pertumbuhan masa hadapan," ujarnya melalui suatu kenyataan di Facebooknya baru-baru ini.