• 15 Nov 2024 | 13 Jamadil Awal 1446

Terengganu Bentang Bajet 2023 Esok

KUALA TERENGGANU, 27 November - Pembentangan Bajet 2023 bagi negeri Terengganu akan dibentangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 yang akan diadakan pada esok iaitu 28 November.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Yahaya Ali, berkata persidangan yang akan berlangsung selama empat hari itu tetap diadakan walaupun kerajaan pusat mengumumkan hari cuti umum Isnin ini.

“Persidangan ini amatlah penting kerana ia melibatkan kerana ianya melibatkan pembentangan Bajet 2023," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Rasmi beliau baru-baru ini.

Tambahnya, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan membentangkan Bajet 2023 tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, pegawai dan kakitangan kerajaan, yang terbabit dengan persidangan DUN termasuk pengamal media, pemerhati dijemput hadir.

Sementara itu, Dr Ahmad Samsuri berkata kepada semua untuk menyaksikan siaran langsung pembentangan Belanjawan 2023 bagi negeri Terengganu di laman facebook miliknya esok.