10,000 Meriahkan Rumah Terbuka Tengku Putera
Hampir 10,000 orang terdiri pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang , Dato' Tengku Putera Tengku Awang pada Hari Raya pertama, hari ini.
Tengku Putera berkata, beliau teruja dengan sambutan luar biasa pada tahun ini jika dibandingkan pada tahun lepas.
"Orang ramai mula membanjiri rumah terbuka saya bermula jam sembilan pagi dan sehingga tengahari ini masih lagi tidak putus-putus orang datang berkunjung.
"Pada hari ini hampir 15 menu dihidangkan seperti nasi himpit, sate, nasi minyak,kuih-muih dan kambing bakar khas untuk mereka yang berkunjung ke rumah terbuka saya hari ni,"kata Tengku Putera kepada Teganukita/The Iman Tribune di kediamannya hari ini sempena rumah terbuka beliau.
Selain meraikan hari raya, program berkenaan adalah satu platform yang diadakan untuk merapatkan jurang di antara pemimpin dan juga rakyat.
Tengku Putera juga berkata, beliau melihat sambutan rumah terbuka semasa perayaan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk tidak kira di luar bandar atau bandar.
“Sambutan perayaan juga dapat memupuk dan mengeratkan nilai perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di mana mereka bermesra dan berkongsi budaya semasa majlis rumah terbuka,” katanya.