Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Barangan keperluan yang dijual di Tapak Ekspo Terengganu 2018 melalui Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018. |
Orang ramai terutama suri rumah boleh mendapatkan penjimatan lima hingga 20 peratus ketika membeli barang keperluan asas tarmasuk daging segar di Tapak Ekspo Terengganu 2018 melalui Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018.
Jualan anjuran, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggubaan (KPDNKK) dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ladang Rakyat, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), dan Pasar Raya Tunas Manja berlangsung pada hari ini dan esok ( 3 Mac) di tapak ekspo berkenaan.
Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli pada harga lebih murah berbanding harga pasaran termasuklah barangan asas seperti, gula, minyak, telur, beras, daging, ikan dan pelbagai barangan lain lagi.
Pengarah KPDNKK Negeri, Saharuddin Mohd Kia berkata, pada hari ini dan esok juga, Ladang Rakyat akan mengadakan jualan daging lembu lebih murah iaitu pada harga istimewa RM25.00 berbanding harga biasa RM30.00 hingga RM35,000.
Katanya, sebanyak tujuh ekor lembu disembelih sebelum dijual kepada orang ramai yang hadir.
“Pada hari ini kita menjual daging daripada tiga ekor lembu yang disembelih manakala keesokan harinya empat ekor lembu,” katanya.
Saharuddin berkata, selain daging, bahagia lain seperti hati, limpa dan tulang juga akan dijual pada harga RM17.00 sekilogram berbanding RM20 hingga RM22 di pasaran.
“Sebagai pengguna bijak, saya menyeru orang ramai supaya datang ke tapak ekspo dan membeli barang yang dijual di sini kerana ia lebih jimat dan kualitinya yang baik.
“Selain membeli belah, mereka juga dapat melihat pelbagai pameran, aktiviti cabutan bertuah serta aktiviti lain sepanjang ekspo,” katanya.