BESUT, 8 Mei - 17,000 orang telah membanjiri Masjid Taman Ilmu sempena Kuliah Maghrib Perdana bersama Ustaz Azhar Idrus malam tadi.
Pegawai Agama Daerah Besut, Ahmad Azhar Harun @ Musa berkata pelbagai lapisan masyarakat telah hadir terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk agensi kerajaan dan swasta serta penduduk kampung juga telah menerima kehadiran para pelajar universiti.
"Alhamdulillah luar biasa sambutan hadirin terhadap ceramah Ustaz Azhar Idrus yang kekal tidak berganjak dari awal hingga akhir program", ujar beliau dalam program tersebut, di sini, semalam.

Orang ramai telah membanjiri ruang solat dan dataran masjid seawal jam 6.30 petang lagi.
Bahkan ada dikalangan hadirin yang datang dari daerah-daerah lain termasuklah dari negeri Kelantan.
Program Kuliah Maghrib Perdana bersama Ustaz Azhar Idrus diakhiri dengan bacaan doa dan upacara pemotongan kek sempena Sambutan Ulang Tahun Masjid Taman Ilmu Kali ke 12.

Tag :