JKKK Kg Alur Tuman Rintis Kem Bestari Solat Geng Surau Di Kalangan Kanak-Kanak





Menyedari pentingnya menjaga kesempurnaan dalam solat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Alur Tuman menganjurkan Kem Bestari Solat Geng Surau di Surau Hujung Da, Alur Tuman, Marang.

Program selama tiga hari, berakhir semalam, disertai 31 kanak-kanak-kanak berumur tujuh hingga 14 tahun.

Program dirasmikan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang Dato Nik Dir Nik Wan Ku.

Pengerusi J3K Kampung Alur Tuman, Khasperi Muda berkata,  pelbagai pengisian program dianjurkan antaranya, membetulkaan bacaan dalam solat, pembelajaran mengenai tertib solat dan adab ketika berada dalam masjid serta surau.

Katanya, aktiviti sampingan pula seperti qiamullail, cara berwuduk, pertandingan azan, gotong -royong membersih kubur, bacaan Surah Yasin, tahlil serta tazkirah dan ceramah agama.

“Kerjasama daripada masyarakat setempat sangat baik dan ini memudahkan perjalanan aktiviti-aktiviti yang mampu memberi manfaat dalam meningkatkan pengetahuan dalam ibadat yang menjadi tuntutan utama sebagai umat Islam.
  
“Program dianjurkan ini adalah siri kedua, malah kita bercadang akan menjadikan sebagai  acara tahunan,” katanya.


Tag: