Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Ahmad Razif bersama kepimpinan negeri berselawat pada program `Negeriku Berselawat dan Doa Kami Untuk Palestin', foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail |
Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Stadium Tertutup Gong Badak, malam tadi sempena program `Negeriku Berselawat dan Doa Kami Untuk Palestin'.
Program bermula pada jam 6.30 petang itu disiarkan secara langsung di rangkaian televisyen TV Alhijrah pada jam 9 malam dengan menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Syamsul Debat.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir bersama-sama kepimpinan negeri bagi menjayakan matlamat meneruskan doa dan munajat, memohon pertolongan Allah SWT supaya menghentikan kezaliman musuh-musuh Islam yang menindas rakyat Palestin ketika ini.
Pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus Fatiha Najeha Muhaimin, 16, berkata dia bersama 30 rakan dijemput khas ke program yang cukup bermakna itu dan sudah berada di lokasi program kira-kira jam 6 petang.
“Sangat teruja dan tersentuh hati apabila mendengar semua hadirin bersama-sama mengalunkan zikir, selawat dan qasidah.
“Saya berharap apa yang dilaksanakan penganjur diteruskan pada masa datang, sebaik-baiknya menganjurkannya pada setiap tahun,”katanya.
Pengunjung dari Seberang Takir, Ruhaimi Salleh, 40, berkata program itu sangat sesuai untuk semua peringkat umur, terutama untuk remaja kanak-kanak.
“Anak lelaki saya, Ikmal Naufal Ruhaimi, 5, ralit mendengar alunan qasidah, selain setia mengikuti program itu sehingga tamat program.
“Perangainya sangat berbeza berbanding ketika membawanya menghadiri program lain di mana sebelum ini tidak mahu menumpu perhatian selain gemar membuat hal sendiri,” katanya.
Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) itu menjemput kumpulan In-Team untuk mempersembahkan Qasidah kepada tetamu.