MB Suntik Moral Calon Peperiksaan SMKA Dato' Haji Abbas


Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman meluangkan masa ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato' Haji Abbas bagi memberi suntikan moral dan motivasi kepada guru serta calon peperiksaan, sempena Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin, di sekolah itu, semalam.

Majlis tersebut diadakan khusus untuk peperiksaan Pentafsiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tidak lama lagi.

Ahmad Razif dalam ucapannya di majlis itu berkata, sumbangan guru dalam mendidik anak-anak bangsa supaya berjaya dalam kehidupan mereka wajar dihargai.


“Sumbangan guru-guru yang telah mendidik anak-anak kita sukar untuk dibalas. Peranan mereka amat penting demi melihat kejayaan anak didik mereka.

"Mereka bukan hanya mengajar pelajar pada waktu yang ditetapkan tetapi juga kelas-kelas tambahan bagi memastikan matlamat dan hasrat untuk melihat hasil yang baik pada masa depan,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Tag: