Pesakit Kronik Terima Sumbangan Baiki Rumah RM11,000
Penderitaan seorang lelaki yang menghidapi penyakit ketumbuhan di kepala sejak 15 tahun lalu mendapat pembelaan apabila dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, untuk menyampaikan sumbangan bagi membaik pulih rumahnya yang kian uzur.
A. Latiff Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, melawat pesakit kronik berkenaan Azuan Ahmad, di rumahnya, di Kampung Kijing, Marang, semalam.
Beliau menyampaikan bantuan berjumlah RM11,000 dan sumbangan peribadi serta akan memohon dari Tabung Darul Iman untuk menampung kos pembedahan Azuan yang dianggarkan menelan belanja RM65,000.
Bapa kepada lima anak termasuk dua orang kurang upaya (OKU), masing-masing Mohd Safuan, 13, Mohd Sazuan Firdaus 10, Nurul Syahida Aliya 7, Mohd Hafiz Hazid,3, dan Mohd Hafiziad berusia 7 bulan itu, merasa sangat lega dan bersyukur dengan keprihatinan kerajaan terhadap nasibnya itu.
Menurut kakak iparnya, Norfaezah Mohd, Azuan terpaksa mengambil ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan yang dialami.
"Doktor yang merawat Azuan dari Hospital Universiti Sains Kubang Kerian akan membuat rawatan imbasan terlebih dahulu untuk menilai tahap akar yang telah tumbuh dalam otaknya sebelum membuat pembedahan.
"Besi yang berharga RM10,000akan dimasukkan kedalam kepala Azuan,"katanya.
Katanya lagi, kos rawatan dan berulang alik dibantu oleh keluarga terdekat berikutan Azuan hanya bekerja sebagai buruh sahaja sebelum ini dan tidak mempunyai pendapatan tetap.