PRU14: MB, Isteri Tunai Kewajipan Buang Undi

Ahmad Razif ketika melakukan proses calitan menggunakan dakwat kekal sebelum membuang undi. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hadir membuang undi sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, kira-kira 8.55 pagi ini.

Isteri beliau, To’ Puan Seri Halina Zakaria turut menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di pusat yang sama.


Tinjauan Teganukita menunjukkan pemilih berdaftar mula beratur di pusat itu untuk menunaikan tanggungjawab mereka seawal 7.30 pagi.

Semua pusat mengundi mula dibuka pukul 8 pagi dan waktu penutupan pula berbeza mengikut lokasi, namun semua ditutup sepenuhnya pada pukul 5.00 petang.

Tag: