Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
CYBERJAYA, 8 November - Kerajaan Terengganu membayangkan untuk memiliki siaran televisyen sendiri selepas mendapat tawaran daripada syarikat penyiaran MYTV.
Pengurus Besar Manis FM (Husa Network Sdn. Bhd), Ozarizan Mohd Nor berkata, tawaran itu dibuat semasa perjumpaan syarikatnya dengan MYTV kelmarin.
"Pihak MYTV memang telah berjumpa dengan pihak kerajaan negeri bagi menawarkan platform MYTV untuk satu saluran digital tv dan satu lagi untuk radio bagi dipertimbangkan oleh kerajaan negeri.
"Insya-Allah jika keputusan berjaya dicapai dan dipertimbangkan kerajaan akan miliki saluran TV sendiri dan kini satu rundingan telah diadakan untuk mendapatkan pakej tawaran yang menarik,"ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menyertai delegasi kerajaan Terengganu mengadakan kunjung hormat kepada Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), di MCMC HQ Tower 1.
Delegasi yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah itu turut disertai timbalannya, Ridzuan Hashim, Presiden & Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn. Bhd, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun dan Pengarah Manis FM (Husa Network Sdn Bhd), Sazali Mohd Nor.
Dalam pada itu, Sazali berkata dengan memiliki siaran TV sendiri pelbagai informasi yang manarik dapat disampaikan kepada rakyat agar segala masyarakat tidak ketinggalan bagi mengetahu segala perkembangan terkini.
"Sudah tentu ia akan menjadikan negeri Terengganu seiring dengan keperluan dan kehendak masyarakat pada masa kini dalam dunia pendigitalan dan akan menjadi perniagaan yang menguntungkan kerajaan negeri.
"Dalam masa yang sama akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan serta mengetengahkan bakat-bakat baru menerusi pengisian yang akan dilakukan melalui saluran digital ini.
"Di samping akan ada siaran dan slot-slot kuliah agama untuk disampaikan sebagai usaha mendidik masyarakt dengan memiliki pengetahuan tentang ajaran Islam, juga akan ada siaran khas bersama pimpinan kerajaan negeri, melalui saluran tv yang dimiliki ini akan mendedahkan rakyat kepada segala dasar dan polisi kerajaan Terengganu untuk disampaikan kepada mereka," ujarnya lagi.