• 23 Okt 2024 | 20 Rabiul Akhir 1446

Yang di-Pertuan Muda Terengganu Berkenan Turun Bersihkan Pantai

KUALA TERENGGANU, 27 Ogos- Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli berkenan merasmikan Program Pembersihan Pantai Batu Buruk, hari ini.

Keberangkatan tiba Tengku Muhammad Ismail pada jam 9.00 pagi diiringi Tengku Sri Setia Mahkota Raja, disambut Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir Dr  Ahmad Samsuri Mokhtar dan sebahagian Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Majlis dimulakan dengan alunan doa dari Dato' Mufti Terengganu, Sahibus Samahah Dato' Dr. Mohamad Sabri Haron dan persembahan ucapan oleh Ahmad Samsuri. 

Dalam majlis anjuran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan syarikat swasta, MS Citajaya Sdn Bhd itu, Raja Muda Terengganu berkenan 'turun padang' untuk sama-sama membersihkan Pantai Batu Buruk bersama masyarakat dan badan bukan kerajaan antaranya Geng Plastik Ija.

Tengku Muhammad Ismail berangkat pulang pada sekitar jam 10.00 pagi diiringi Tengku Sri Setia Mahkota Raja sebelum majlis bersurai.

 


Tag: