Banjir : Contohi Terengganu, Bangkit Selepas Tragedi
Pengurusan banjir Terengganu khususnya Daerah Kemaman adalah yang terbaik. Ini diperakui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM) , Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu melawat banjir di Pulau Pinang baru baru ini.
Semalam (TPM) di Pulau Pinang ada menyebut akan mengguna pakai Pelan Pengurusan Banjir di Kemaman Terengganu untuk diadaptasikan juga di Pulau Pinang dan kawasan-kawasan lain.
Saya tertarik untuk sama-sama mengulas kejadian banjir besar di Malaysia.
Jika kita imbas, banjir besar yg teruk di Malaysia tidak akan 'menyerang' di satu tempat sahaja. Jika 2013, Kemaman lumpuh akibat hujan lebat yang luar biasa.
Tahun 2014, Kelantan pula diserang banjir besar. Sebelum-sebelum itu, pada 2011 kita lihat bagaimana Segamat tenggelam keseluruhannya akibat banjir besar.
Tahun 2017, giliran Pulau Pinang menerima ujian besar ini.
Ketika banjir ini datang, kita lihat pemimpin mahupun penduduk di tempat yg kali pertama 'diserang' banjir luarbiasa ini akan panik.
Bukan sahaja rakyat yang bersedih, namun kita lihat ada pemimpin utama negeri yg menangis meminta pertolongan. Ini kerana tiadanya kesiapsiagaan, persiapan dan pengalaman menghadapinya.

Namun yang penting ialah macam mana penduduk & pemimpin setempat bersatu padu untuk bangkit membina pelan menghadapi banjir di kawasan mereka jika ianya berlaku lagi.
Ini kerana setiap tempat pasti berbeza cara dan kaedah utk hadapinya kerana geografi dan bentuk muka bumi yang berbeza.
Berdasarkan pengalaman & apa yg saya lihat dimata sendiri, berikut saya senaraikan 16 perkara yang dilakukan masyarakat Kemaman iaitu sebelum, semasa dan selepas banjir. Ini yang terlintas difikiran saya, mungkin ada lagi.
1. Penduduk sudah tahu awal di mana pusat pemindahan mereka. Pihak JKKK di Kemaman memberitahu setiap penduduk lokasi mereka akan berpindah jika banjir berlaku.
2. Penduduk Kemaman telah diberi arahan 'step by step' bila hujan turun lebih 24 jam. Kad panduan khas diedarkan untuk penduduk tahu macam mana mereka harus bertindak.
3. Paras air sungai di hulu, kadar hujan dan paras air laut pasang sentiasa diberitahu kepada penduduk berjaga-jaga bila banjir dijangka sampai ke kawasan mereka.
4. Penduduk Kemaman diterapkan dengan budaya 'pindah dulu sebelum banjir'. Ianya lebih mudah kepada penduduk dan pasukan penyelamat.
5. Helipad untuk kecemasan dibina di kampung-kampung untuk mudahkan menghantar keperluan dan mengangkut penduduk sakit ke hospital ketika banjir.
6. Jumlah ibu mengandung dan pesakit keperluan khas di seluruh Daerah Kemaman sentiasa dikemaskini kpd semua jabatan. Ini memudahkan pergerakan semasa banjir. Satu pusat pemindahan khas buat ibu mengandung disediakan berhampiran hospital.
7. Satu markas taktikal banjir disediakan. Di situ tempat tidur para tentera, tempat masakan makanan skala besar, helikopter dan aset lain dikumpulkan. Biasanya di IKBN, Kemasik.
8. Hotel yang tidak terlibat banjir dikenalpasti dan menyediakan harga khas untuk musim banjir untuk mangsa yang berminat untuk menginap disitu.
9. Segala peralatan telekomunikasi dan eletrik dinaikkan melebihi aras banjir supaya ketika banjir penduduk masih boleh menghubungi satu sama lain.
10. Bulan Oktober setiap tahun mereka yang terlibat dengan pengurusan banjir seperti kakitangan kerajaan, pengerusi JKKK, pemimpin dan NGO dilatih khas dan diadakan simulasi di mana mereka perlu bermalam di pusat permindahan banjir mengikut zon masing-masing.
11. Stor Pengkalan hadapan dibina di setiap kampung / kawasan yang menghadapi banjir. Bekalan makanan dihantar ke stor terlebih dahulu sebelum banjir berlaku. Makanan ini cukup untuk 7 hari.
12. Semua penduduk yang biasa terkena banjir mengambil insurans bencana. Jika rumah mereka banjir terus akan dapat RM1000 dalam tempoh kurang 7 hari. Ini membantu mereka membeli keperluan penting.
13. Ketika banjir berlaku setiap pusat pemindahan sudah mempunyai pasukan sukarelawan memasak, mendaftar dan menjaga kebajikan mangsa banjir. Ianya terdiri daripada pemimpin setempat dan badan-badan kerajaan.
14. Sukarelawan Pasca Banjir untuk kerja bersih rumah dan kawasan banjir telah ditentukan awal. Apabila banjir berakhir, peralatan dan sukarelawan terus ditempatkan ke rumah orang tua, sekolah dan lain-lain untuk kerja pembersihan.
15. Kerjasama baik antara badan kerajaan, NGO, pemimpin politik dipupuk awal bagi menghadapi bencana banjir. Mesyuarat dua bulan sekali diadakan di peringkat pejabat daerah untuk menghadapi kemungkinan banjir setiap hujung tahun.
16. Majlis keagamaan di masjid diadakan selain utk memohon dijauhkan dengan bencana banjir, ianya juga digunakan menyampaikan info terkini mengenai banjir. Khutbah khas pun disediakan untuk masyarakat bersiap siaga menghadapi ujian Allah ini.
Pengalaman pada 2013 iaitu lebih 20 ribu orang terlibat banjir membuatkan Kemaman hampir lumpuh. Kami bangkit pada banjir 2014 dan seterusnya.
Sesungguhnya masih banyak yang boleh ditambahbaik di Kemaman. Namun komitmen warga Kemaman disemua peringkat dalam hal pengurusan banjir ini sentiasa mengagumkan saya. Kerana kami sayangkan Kemaman.

Di peringkat nasional, satu langkah paling komprehensif perlu dilaksanakan segera. Pelan siap siaga dan SOP Bencana / Banjir yang sesuai dgn arus semasa dan pengalaman lepas perlu diimplementasikan.
Semoga kita semua terus cekal dan ditunjukkan jalan-jalan untuk bersatu hati ketika menghadapi apa sahaja ujian dari Ilahi.
Ikhlas daripada : MFMA (7/11/2017)
(Penulisan ini adalah atas kapasiti individu yang menjadi mangsa banjir dan pengalaman dengan pengurusan banjir. Ianya bukan mewakili mana-mana jabatan atau NGO)