Sebatan Syariah: Permulaan Terengganu Mendaulatkan Perundangan Islam
KUALA TERENGGANU - Orang ramai diminta menjelaskan bayaran cukai tanah tanpa denda di seluruh Terengganu untuk tahun ini sebelum berakhir tarikh yang dilanjutkan sehingga 31 Oktober ini.
Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Terengganu (PTG), Zainal Abidin Husin berkata, pembayaran awal itu bagi mengelak denda lewat bayar yang akan bermula pada 1 November ini.
“Bayaran cukai tanah termasuk tunggakan dan denda bolehlah dibuat secara tunai atau kad debit atau kad kredit di semua kaunter bayaran di PTG Terengganu, Pejabat-Pejabat Tanah Daerah seluruh Negeri Terengganu dan di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Paya Bunga Square (PBS), Kuala Terengganu.
“Waktu urusan bagi kaunter PTG dan Pejabat-Pejabat Tanah Daerah adalah pada waktu dan hari bekerja, Ahad hingga Rabu bermula 8 pagi hingga 4.30 petang, manakala Khamis 8 pagi dan berakhir jam 3 petang,” katanya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, di sini, semalam.
Menurut Zainal lagi, waktu urusan bagi kaunter PTG di UTC, PBS pula setiap hari termasuk Jumaat dan Sabtu.
Katanya, Sabtu hingga Khamis bermula 8.30 pagi hingga 10 malam (rehat sejam bermula 7 petang), sementara Jumaat pula bemula 8.30 pagi hingga 10 malam (rehat jam 12.45 tengahari sehingga 2.45 petang dan 7 petang hingga 8 malam).
Dalam pada itu, cukai tanah juga boleh dibayar melalui perbankan online bagi pengguna perkhdmatan Maybank2U di htttp://wwww.maybank2u.com.my/
"Kerjasama semua pihak dan orang ramai bagi meningkatkan jumlah kutipan hasil cukai tanah bagi negeri ini amatlah dihargai,"katanya lagi.
Sebelum ini, kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tanpa denda di seluruh Terengganu sehingga 31 Oktober 2018.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah ketika mengumumkannya pada 6 Jun lalu selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri berkata, lanjutan tempoh bayaran yang sebelum ini tamat pada 31 Mei lalu dibuat bagi memudahkan rakyat dan mengurangkan rasa tertekan serta terbeban ketika musim membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.