Loji Janakuasa Tenaga Solar berkapasiti 18.5 Megawatt (MW) milik Eastern Pasific Industrial Corporation Berhad (EPIC) mula beroperasi secara rasmi hari ini.
Epic yang juga anak syarikat kerajaan negeri bekerjasama dengan firma swasta tempatan, MIE Industrial Sdn. Bhd. berperanan sebagai pembawa teknologi untuk membina loji janakuasa tenaga solar tersebut di tapak berkeluasan 28.35 hektar di Telok Kalong, Kemaman.
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kejayaan EPIC Berhad mengeluarkan tenaga elektrik melalui teknologi kuasa solar itu adalah sebahagian daripada usaha serius kerajaan negeri untuk mencuba pelbagai kaedah baru bagi mempelbagaikan sumber pendapatan termasuk menjimatkan perbelanjaan negeri.
“Ianya juga dapat memberi peluang kepada rakyat Terengganu menceburi bidang baharu seperti teknologi penggunaan kuasa solar dan angin sekaligus menjadi pengeluar tenaga itu pada masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 Megawat milik EPIC Berhad di Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kemaman tengahari tadi.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Epic , Noor Fazli Mohamed Nor.
Menurut Ahmad Samsuri, penggunaan tenaga solar adalah percuma namun kerajaan negeri terpaksa membuat pelaburan yang agak tinggi dan ianya dapat membantu bidang industri yang ada di sekitarnya untuk mencipta pembangunan teknologi baharu.
“Tenaga solar yang dihasilkan itu dapat dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan ianya sekaligus dapat membantu kerajaan negeri mendapat sumber pendapatan baharu.
“Sebelum ini juga kerajaan negeri turut membuat pelaburan bagi mencuba mencari tenaga baharu seperti menggunakan teknologi daripada angin tetapi ianya agak kurang berjaya,” katanya.
Seterusnya, Ahmad Samsuri berkata, penggunaan tenaga solar dilihat dapat menjimatkan kos penyelengaraan serta dapat menjana keuntungan atau menjadi nilai tambah kepada hasil kerajaan negeri dalam tempoh jangkamasa panjang.
"Rancangan Malaysia kesebelas (RMK-11) kerajaan negeri akan memfokuskan kepada pembangunan projek-projek tenaga solar berkapasiti sehingga 50 megawat untuk mencapai sasaran penjanaan tenaga solar sebanyak 1000 megawat menjelang tahun 2020," katanya.