Kerajaan Negeri Utamakan Pendidikan Selari Teras Induk PITAS 2030
Ahmad Razif ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail |
Barisan Nasional (BN) Terengganu hanya dapat mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 selepas mendapat `lampu hijau’ Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Terengganu belum mendapat persetujuan berkaitan itu dari pucuk pimpinan tertinggi UMNO dan bersedia pada bila-bila masa .
Katanya, apa yang pasti pengumuman itu akan dibuat dalam tempoh terdekat dan berkemungkinan akan diumumkan secara serentak di seluruh negara.
“Saya yakin kesemua calon yang dihantar sudah dimuktamadkan dan percaya calon yang ditampilkan itu dapat menyaingi calon daripada parti lain.
“Difahamkan parti lain sudah mengumumkan calon masing-masing termasuk parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala BN akan berbuat demikian dalam tempoh terdekat,”katanya yang juga Menteri Besar
Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Jabi, Besut, hari ini.
Turut hadir, isteri Menteri Besar To’ Puan Seri Halina Zakaria, Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi Mohd Iskandar Jaafar.