YPU, Platform E-Dagang Termuka Jalin Kerjasama Bantu Usahawan Muda
Ahmad Razif meninjau persekitaran Pusat Komuniti Sa'adah UniSZA. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim |
Kerajaan negeri menubuhkan Pusat Komuniti Sa'adah UniSZA sebagai usaha menangani masalah penagihan di kalangan masyarakat yang semakin meruncing.
Penubuhan pusat komuniti melalui kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu selaras dengan Manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan baru- baru ini.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata apa yang dilaksanakan itu diyakini mampu memulihkan penagih dadah kerana konsep yang digunakan sangat berbeza.
"Diuruskan melalui Pusat Penyelidikan Dan Rawatan Ketagihan ( CentRenA) UniSZA dengan menekankan kaedah rawatan secara biologi, psikologi, spiritual dan sosiologi.
"Dalam hal ini, semua pihak akan terlibat terutama keluarga, masyarakat setempat dan pelbagai pihak secara berkumpulan, " katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pusat komuniti itu di Rimba Louge, Jalan Semarak, Kuala Nerus, petang ini.
Hadir sama, Naib Canselor UniSZA, Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Husin Tg Abd Jalil.
Pada majlis itu, sebuah kenderaan MPV, kerusi roda elektronik dan tangki oksigen telah diwakafkan penderma untuk kegunaan pusat komuniti itu.
Menurut Ahmad Razif, apa yang menariknya konsep ziarah oleh pemimpin tempatan dalam komuniti itu akan dipantau oleh Geographical Information System (GIS) sebagai remedi yang baharu kepada gejala sosial.
"Pusat komuniti ini turut berfungsi sebagai tempat latihan kepada pemimpin komuniti, wakil belia dan masyarakat setempat," katanya.