Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda. |
Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook Dr. Zulkifly Muda, semalam, beliau menjelaskan persoalan hukum perbuatan tersebut adalah haram kerana ibadah yang dilakukan wajib berdasarkan jantina asalnya.
“Kalau seseorang lelaki berpakaian wanita (atau sebaliknya)ketika di tanah suci dan bersolat di saf wanita serta bersentuhan dengan wanita, kesemua perbuatan itu adalah haram,” katanya.
Menurut beliau, hukum hakam mengenai perkara tersebut jelas dinyatakan dalam kitab al Mufassal Fi Ahkam al Mar'ah karangan Dr Abdul Karim Zaidan.
Kitab tersebut juga turut terdapat dalam bahasa Melayu Indonesia dengan tajuk, Ensiklopedi Fiqh Wanita.
Tambah beliau, pandangannya tidak ditujukan kepada mana-mana individu sebaliknya sekadar menjawab persoalan semasa yang diajukan oleh masyarakat.
“Sekiranya berlaku, langkah yang wajar diambil ialah pihak pemerintah dikedua-dua negara iaitu Malaysia dan Arab Saudi perlu menghalang perbuatan mereka,” katanya.