• 18 Okt 2024 | 15 Rabiul Akhir 1446

"Dirgahayu Negaraku Tercinta" Semarak Erti Kemerdekaan

Oleh : Fatimah Din
Gambar : Abdul Fattah Kamarudin 

MARANG , 8 September -  Program Dirgahayu Negaraku Tercinta Peringkat Dewan Undangan Negeri(DUN)Pengkalan Berangan mendapat penyertaan semua lapisan masyarakat.

Adunnya, Sulaiman Sulong berkata perkara yang penting adalah makna kepada kemerdekaan.

"Selain daripada kita zahirkan melalui sambutan, sebenarnya banyak perkara lain boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk.

"Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program ini walaupun cuaca program kita malam ini hujan lebat," katanya sebelum mempersembahkan sajak kemerdekaan malam tadi.

Program dimulakan dengan halwa telinga kumpulan Shoutul Iman, seterusnya persembahan veteran tentang kemerdekaan, penampilan tiga pelajar cilik (Pusat Asuhan Tunas Islam) PASTI, slot kuiz kemerdekaan, cabutan bertuah, dan sajak  kemerdekaan serta nyanyian jalur gemilang.

Program itu juga melibatkan pegawai daerah Marang dan juga pegawai khas daerah Marang, serta  pengerusi jawatankuasa pembangunan keselamatan Kampung (JPKK).
 


Tag: