PRU 14: Calon Kuala Nerus Diumum

Ahmad Razif bersama wakil ibu tunggal yang menerima sumbangan. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman memberitahu ada  penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14) 9 Mei nanti.

Katanya, kerusi di kawasan berkenaan bakal digantikan dengan calon yang berkaliber dan disukai ramai.

"Pada hari ini saya hanya boleh mengesahkan calon- calon yang bakal mengisi kekosongan DUN di Parlimen Kuala Nerus.

"Mereka yang disenaraikan dan dipersetujuai adalah
Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang merupakan seorang pakar motivasi,"katanya.

Menteri Besar berkata demikian pada Majlis Cakna Ibu Tunggal Kuala Nerus di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria.

Ahmad Razif turut memberitahu, calon lain adalah Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad; Che Mansor Salleh dan Dato’ Basir Ismail.

"Saya akan turut bertanding sama ada untuk kerusi DUN atau Parlimen tidak boleh dipastikan lagi.

"Tiga calon di kalangan orang muda turut disenaraikan, selain seorang calon wanita iaitu To' Puan Zaiton Mat Amin," katanya.

Menurutnya, calon di semua DUN dan Parlimen yang akan bertanding akan diketahui pada majlis pengumuman calon nanti.

"Tarikhnya (pengumuman calon) dijangka dalam tempoh terdekat di lokasi yang bakal diberitahu kemudian," katanya.

Tag: