Pemerhati Orang Asli Curi Tumpuan Pembentangan Belanjawan Terengganu
Ahmad Razif turut sama memotong ayam di sebuah gerai semasa menghadiri program Jualan Sentuhan Rakyat di Dataran Permata, Seberang Takir, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim |
Pengundi di negeri ini dinasihatkan supaya keluar lebih awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat yang baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) esok.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ini kerana keadaan cuaca yang tidak menentu terutama pada waktu petang akan menyebabkan pemilih berdaftar boleh terlepas peluang untuk mengundi.
“Pengundi perlu menunaikan tanggungjawab mereka lima tahun sekali dengan keluar mengundi.
“Seboleh-bolehnya keluarlah mengundi diwaktu pagi dan pastikan keluar mengundi awal kerana cuaca sekarang panas dan kadang kala waktu petang pula hujan kerana kita bimbang keadaan ini akan menyukarkan para pengundi untuk keluar mengundi,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jualan Sentuhan Rakyat di Dataran Permata, Seberang Takir, hari ini.
Dalam pada itu Ahmad Razif berkata, kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) berada di landasan yang betul memandangkan telah 61 tahun mentadbir negara.
“Yakin dan percayalah hanya parti BN sahaja yang mampu melaksanakan sepertimana yang telah kita buktikan selama ini termasuk untuk mencapai Transformasi Nasional 2050 (TN50),” ujarnya.