Shahfimil dan Nor Azwana ketika bersiaran langsung di laman sosial di terengganu news dan terengganu times. Foto Tengku Syamim Tengku Tengku Ismail |
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berbaki seminggu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan kegiatan berkempen, dengan setiap jentera parti berusaha menonjolkan kepimpinan terbaik yang mampu diketengahkan menjadi wakil rakyat dan berupaya menerajui pentadbiran kerajaan.
Rata-rata rakyat, terutama mereka yang baru pertama kali mengundi pastinya teruja untuk membuang undi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing.
Pengerusi Belia TN50, Muhamad Shahfimil Haffiz Salleh, berkata dia amat berbangga kerana bakal menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara pada PRU14 tahun ini.
Katanya, dia mendaftar sebagai pengundi ketika berusia 21 tahun dan bersyukur pada kali ini bakal mengundi di tempat kelahirannya sendiri untuk memilih pemimpin terbaik dan mampu menunaikan manifesto yang dijanjikan.
"Tiada masalah bagi saya keluar mengundi untuk menentukan kerajaan yang bakal memimpin negeri dan negara.
“Saya pastinya akan memilih pemimpin yang boleh menjamin keamanan, kesejahteraan hidup dan membawa perubahan kepada segenap masyarakat,” katanya yang juga lepasan Management & Science University (MSU).
Beliau berkata demikian ketika mengunjungi Pusat Media di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.
Sementara itu, lepasan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Perbankan Islam, UiTM, Nor Azwana Azini, berkata pengundi muda khususnya yang mengundi buat pertama kali mempunyai peranan besar dalam PRU kali ini.
Katannya, oleh itu, dia menyarankan gologan belia, supaya mengundi keluar menunaikan kewajipan masing-masing bagi memilih pemimpin yang mengubah ekonomi negeri dan negara.
“Saya juga seperti rakan lain tidak sabar untuk merasai pengalaman mengundi, hendak memilih pemimpin yang brkaliber iaitu calon kerusi Bukit Payong To' Puan Zaiton Mat Amin,” katanya.