PRU14: Zaitun Prihatin Nasib Mangsa Ribut

Zaitun bergambar bersama keluarga mangsa.

Calon Barisan Nasional (BN) DUN Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin, melawat mangsa ribut, Razali Mohamad di Padang Tanjung, pagi ini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi tadi, ribut yang melanda kawasan itu menyebabkan rumah Razali yang didiami bersam isteri, Hasmah Salleh  serta anak-anak dihempap sebatang pokok dan mengalami kerosakan pad bahagian bumbung.

Zaitun berkata, musibah yang melanda ini merupakan satu ujian dan pengajaran buat semua termasuk pihak berwajib supaya mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Semoga keluarga ini sabar dan tabah menghadapi dugaan. Saya akan berusaha untuk mendapatkan bantuan untuk meringankan beban sedang dihadapi mangsa sekeluarga," katanya.

Zaitun melihat kerosakan yang berlaku.


Tag: