DUNGUN, 27 November - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) meneruskan usaha membantu komuniti setempat dengan mengadakan khidmat bakti di samping mempromosi pusat pengajian itu. 

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA, berkata, tujuannya adalah untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan pelajar dan kakitangan kepada komuniti setempat. 

"Program ini merangkumi empat projek iaitu mengecat masjid, pendawaian elektrik di balaivraya, servis motosikal (tukar minyak hitam) dan gotong royong di masjid dan Balairaya", jelasnya. 

Program yang berlangsung sabtu lalu adalah anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSMZA dengan kerjasama Yayasan Tenaga Nasional, Pejabat Perpaduan Daerah Dungun  di tiga Kawasan Rukun Tetangga(KRT) di Padang Pulut iaitu Kampung Burung Baru,  Bukit Merah dan Kampung Betong. 

"Program itu turut dimeriahkan dengan penyertaan penduduk di tiga KRT dengan aktiviti pertandingan dam aji, pembukaan booth pemeriksaan mata percuma, pertandingan mewarna dan aktiviti memasak bersama-sama," ujarnya.

Menurutnya, program tersebut telah disertai oleh 20 orang pelajar di bawah tajaan Dermasiswa My Brighter Future (MyBF), YTN dan 20 pelajar sukarelawan PSMZA serta 20 orang kakitangan akademik PSMZA.

"Secara keseluruhannya, program khidmat bakti ini berlangsung dengan jayanya. Dengan adanya program seperti ini, pelajar dan staf PSMZA dapat menimba dan berkongsi ilmu dalam aktiviti luar yang berbentuk kemasyarakatan. 

"Diharap dengan program ini, sedikit sebanyak nilai-nilai murni dapat digarap dalam diri pelajar dan  staf juga" katanya lagi.


Tag: